Unit Utama GEMA Johor
GEMA terdiri daripada 8 unit utama, iaitu; Sukan & Rekreasi, Media & Seni, Khidmat Masyarakat, Pendidikan, Pembangunan Keluarga, Masyarakat Madani dan Ekonomi. Setiap unit mempunyai jawatankuasa unitnya sendiri yang akan fokus pada bidang utama mereka.
GEMA Johor memberi fokus pada empat unit utama di negeri Johor bersesuaian dengan minat dan trend belia Johor. Berikut merupakan unit utama GEMA negeri Johor.
Unit Khidmat Masyarakat

Unit Khidmat Masyarakat mengumpulkan belia yang berminat ke arah sukarelawanan. Satu kumpulan khas sukarelawan GEMA dikenali sebagai SKUAD OSEM (Operasi Sukarelawan Muda) yang kini terdiri daripada hampir 150 sukarelawan di peringkat negeri Johor.
Di antara program yang telah dijalankan oleh unit ini adalah Skuad OSEM ke Kuantan semasa banjir 2013, Skuad Osem ke Perak 2015, Bantuan Mangsa Kebakaran, OSEM Ramadhan Pasir Gudang dan Pontian, Bantuan ke Rumah Orang Tua Nur Ehsan, Lawatan ke Hospital Permai, dan banyak lagi. Unit Khidmat Masyarakat merupakan unit yang sangat aktif.
Ayuh bersama Skuad OSEM membantu masyarakat!
Unit Seni & Kebudayaan

Unit Seni & Kebudayaan merupakan unit yang memfokuskan aktiviti mereka ke arah memberi peluang belia mengekspresi diri mereka dalam bidang yang mereka minati.
Unit seni pernah dijemput menyampaikan satu persembahan sempena tahun baru 2013 di Dataran Bandaraya Johor Bahru. Unit ini juga menjalankan aktiviti seperti bengkel penulisan novel, ekspresi seni melalui nyanyian, alat instumen musik dan pelbagai lagi.
Berminat dalam bidang seni tetapi tidak pernah berpeluang? Ayuh bersama GEMA Johor.
Unit Sukan & Rekreasi

Unit Sukan & Rekreasi bertanggungjawab mengumpul dan menjalankan aktiviti kesukanan & rekreasi yang diminati oleh belia kini. Unit ini bergiat aktif dalam sukan berkala, GEMA Johor FC, Badminton beliawanis, dan program tahunan GEMA Sports (GEMS).
Dibawah unit ini juga terdapat satu kumpulan yang dipanggil GEMA Trekkers Johor. Mereka aktif menjalankan program seperti panjat gunung, larian marathon 5KM 10KM dan sebagainya.
Jika anda seorang yang meminati program seperti ini, ayuh kita sihatkan diri dan keluarga!
Unit Media

Unit Media adalah bagi belia yang berminat dalam mempelajari dan mempraktikkan media.
Unit ini menjalankan kelas-kelas asas rekaan grafik, kelas asas fotografi dan sebagainya. Unit media juga memberi peluang kepada belia yang meminati rekaan grafik untuk menyumbang kepada masyarakat dalam memberi khidmat grafik pada mereka yang memerlukan.
Unit media juga memberi peluang belia mempelajari bidang multimedia seperti animasi, asas video dan pelbagai lagi!