top of page

Apa itu GEMA?

Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (GEMA) adalah sebuah organisasi anak muda yang berdaftar dibawah Registar of Youth (ROY). GEMA berusaha menjana perubahan positif di dalam kehidupan generasi muda, supaya mereka berupaya menjadi agen perubahan dan menambah nilai kepada pembangunan keluarga, komuniti, masyarakat dan negara.
Matlamat Kami
  1. Mengumpulkan anak muda Malaysia di atas dasar perpaduan serta membina keperibadian diri yang baik, berhemah tinggi, moderat dan progresif.
     

  2. Meninggikan taraf pendidikan dan sosio-ekonomi anak muda di Malaysia bagi mewujudkan masyarakat yang makmur dan sejahtera. 
     

  3. Memupuk keadilan dan kesejahteraan sosial serta membenteras kejahilan, kemiskinan dan keruntuhan moral di kalangan masyarakat.
     

  4. Menjalinkan hubungan dan kerjasama dengan pihak yang berkongsi aspirasi dan matlamat GEMA bagi memajukan kepentingan masyarakat dan negara. 

Visi GEMA

Menjadi sebuah organisasi belia yang unggul

Cogan kata GEMA

"Bersama Menjana Perubahan"

Logo GEMA
Keahlian GEMA

Keahlian GEMA terbuka kepada semua warganegara Malaysia berusia 18 hingga 35 tahun. Keahlian adalah berdasarkan negeri.

 

Sila hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai prosedur keahlian.

GEMA Cawangan Negeri

GEMA Pusat terletak di Kuala Lumpur. Terdapat 10 cawangan GEMA di seluruh negara, iaitu:

 

1.   GEMA Johor

2.   GEMA Melaka

3.   GEMA Negeri Sembilan

4.   GEMA Wilayah Persatuan

5.   GEMA Selangor

6.   GEMA Pahang

7.   GEMA Terengganu

8.   GEMA Perak

9.   GEMA Kedah

10. GEMA Pulau Pinang

© 2023 by My Agrolinx. Proudly created with Wix.com

bottom of page