top of page

Team Khas GEMA Johor

GEMA Johor mempunyai 3 team khas yang telah dibentuk dibawah beberapa unit. Berikut merupakan sedikit pengenalan pada mereka:

Skuad OSEM GEMA Johor

 

Skuad Operasi Sukarelawan Muda atau dikenali sebagai Skuad OSEM merupakan satu kumpulan sukarelawan dibawah Unit Khidmat Masyarakat.

 

Mereka yang mewakili GEMA bagi program-program khidmat masyarakat akan menggunakan nama Skuad OSEM walau dimana mereka berada di seluruh Malaysia.

 

Jika anda seorang yang menggemari program khidmat masyarakat dan bantuan masyarakat, di sini lah anda patutnya berada.

 

Skuad OSEM terdiri daripada individu-individu yang mesra, ikhlas dan amanah. Apabila terdapat bencana atau masalah masyarakat, mereka lah yang akan menyahut panggilan bantuan tersebut.

GEMA Johor WOLVES

 

GEMA Johor Wolves merupakan nama kontingen GEMA Johor pada setiap Karnival Sukan Nasional GEMA. 

 

GEMA Johor telah memilih wolves atau serigala sebagai simbol kekuatan kontingen kerana sifat semulajadi serigala yang bergerak sebagai satu pasukan yang berkerjasama. Semangat dan kekuatan pasukan serigala seringkali dilupai, namun kekuatan persahabatan lah yang diutamakan.

Jika anda berminat untuk menyertai pasukan kontinjen nasional GEMA Johor, nantikan pengumuman Karnival Sukan Nasional yang seterusnya dan jangan lepaskan peluang!

GEMA Trekkers

 

GEMA Trekkers adalah kumpulan dibawah Unit Sukan & Rekreasi.

 

 

© 2023 by My Agrolinx. Proudly created with Wix.com

bottom of page